Poin-poin penting untuk penulisan Facebook Ads

Anda baru nak berjinak-jinak dalam dunia Facebook Ads dan tak yakin jika penulisan yang anda hasilkan cukup bagus atau tak? No worries! Ada banyak tips yang boleh membantu. Jom semak balik teks anda dan tengok jika anda dah ikuti perkara-perkara di bawah ni.

Nada yang sesuai
Mula-mula sekali, tengok balik nada dalam penulisan anda. Adakah ia kelakar? Serius dan all business? Santai? Apa pun nada yang anda gunakan, pastikan ia melambangkan personaliti bisnes anda.

Setiap bisnes ada identitinya yang tersendiri dan jika anda berpegang kepadanya, iklan anda akan lebih “menjadi”. Jangan lupa untuk terus konsisten.

Isi yang penting
Ramai yang jenis scroll sambil lalu je bila main Facebook. Jadi, mulakan iklan dengan mesej paling utama yang anda nak sampaikan. Masukkan isi-isi yang penting dan pastikan anda tak melebihi had perkataan yang telah disetkan.

Tulis untuk mereka, bukan untuk anda
Memang anda buat iklan untuk sampaikan apa yang anda nak audiens anda tahu. Tapi dalam penulisan, fokusnya adalah mereka. Audience is key.

Pastikan apa yang anda tulis kena dengan mindset mereka atau “sampai” kepada emosi mereka. Letakkan diri anda pada tempat mereka dan tanya “Apa yang akan buat aku berminat dengan bisnes ni? Kenapa?” untuk memudahkan penulisan.

Headline yang padu
Headline (tajuk utama) pada setiap iklan memainkan peranan yang penting untuk menarik minat audiens anda. Headline sebenarnya adalah penyataan yang memberitahu audiens anda apa yang anda boleh tawarkan kepada mereka.

Be direct. Tak perlu berbunga-bunga atau main sembunyi-sembunyi. Lagi jelas anda sampaikan, lagi tertariklah mereka. Tengok balik headline anda dan tanya “Kalau aku tak pernah tahu langsung tentang bisnes ni sebelum ni, boleh ke aku faham apa yang mereka buat?”.

Sebagai contoh, jika anda seorang penjual ikan di Sungai Buloh, janganlah tulis “Orang-orang di Sungai Buloh memang suka dengan perkhidmatan kami!” dan letak teks tu sebelah gambar ikan.

Sebaik-baiknya, tulis sesuatu seperti “Kami menyediakan stok ikan yang paling segar dan sedap di Sungai Buloh!”. Ha, kan lebih mudah tu. Kita nak menulis pun lebih fokus, orang yang nak membaca pun lebih mudah faham.

Dengan tips-tips ni, tak mustahil anda akan menjadi penulis iklan yang baik. Teruskan menulis dan teruskan berlatih. Ingat, practice makes better!