Macam mana nak tulis iklan Facebook dengan efektif?

Secara fitrahnya, manusia memang cepat tertumpu pada sesuatu yang menarik, termasuklah visual yang kita gunakan dalam Facebook Ads. Visual memang penting. Tapi ada satu lagi komponen yang vital untuk menghasilkan sebuah iklan yang efektif.

Teks pada iklan! Ramai yang tak pandang penulisan ni sebagai satu seni. Tapi dalam dunia pengiklanan, teks adalah sesuatu yang kita gunakan untuk terus “menarik” audiens, selepas visual membantu untuk “memancing” mereka.

Kerjasama antara teks dan visual
Walaupun teks dan visual seharusnya boleh menyampaikan mesej kita secara sendiri, akan lebih efektif kalau mereka saling melengkapi satu sama lain. Senang cerita, kena wujudkan keserasian atau nampakkan yang kedua-duanya berkait.

Iklan yang berbeza untuk audiens yang berbeza
Kalau nak fikir tentang kos, memang kalau boleh nak pulun semua sekali dalam satu iklan kan? Tapi yang sebaik-baiknya, pastikan mesej pada setiap iklan tu kena dengan segmen audiens kita yang berbeza. Kena spesifik.

Bercakap dengan audiens
Masa menghasilkan iklan, bayangkan anda betul-betul tengah bercakap dengan mereka. Cipta satu avatar dengan ciri-ciri yang ada pada audiens untuk membantu memudahkan penulisan.

Identiti sendiri
Gunakan gaya bahasa serta identiti penulisan tersendiri yang sama walaupun pada platform yang berbeza agar audiens kenal itu anda dan terus faham mesej yang anda sampaikan tak kira kat mana pun mereka baca.

Pendek tapi padu
Kenalpasti apa yang anda nak audiens untuk faham dan sampaikan. Tak perlu iklan yang panjang-panjang sangat. Short and sweet gitu.

Gunakan satu CTA sahaja
Call-to-action atau CTA penting untuk membantu audiens anda ke langkah seterusnya. Tapai jangan bantai semua pulak, pening audiens nanti. Satu sudah memadai. Sebagai contoh:

Hubungi kami!

atau

Klik untuk info lebih lanjut! Beli sekarang! Hubungi kami cepat!

Ha, mana lebih tepat pada sasaran dan mudah difahami?

Wujudkan tempoh masa
Penulisan dengan perkataan yang menunjukkan tempoh masa akan mewujudkan situasi yang sedikit “terdesak” untuk audiens. Ayat-ayat seperti “untuk hari ini sahaja” atau “promosi minggu ini” akan menggalakkan mereka untuk lebih cepat bertindak.

Lepas ni, sebelum nak menulis iklan, boleh rujuk dulu kepada point-point ni. Mungkin akan lebih membantu. Good luck!