LPV Optimization : Update superpower dari FB

FACEBOOK NI SAYANG DEKAT BISNES YANG ADA WEBSITE.

Sungguh!

Kali ni,Facebook tambah baik lagi sistem dalam ads manager mereka.Tahun 2018 sahaja,ada lebih dari 3 update untuk iklan ke website.Namun update kali ini paling best setakat ini.

Siapa yang ada website,dan gunakan sepenuhnya dalam ads manager,saya berani jamin anda pasti akan suka.
Nah,anda bakal dapat audience yang lagi berkualiti bila gunakan update baru.Nama update ni ialah :-

LANDING PAGE VIEW OPTIMIZATION (LPV)

Upgrade super power ni ialah penambahbaikan dari link klik,anda dapat jimatkan satu funnel kerana prestasi iklan dipantau terus pada pelawat yang berjaya masuk ke website.

Sebelum adanya LPV ni,link klik menjadi pilihan utama untuk membawa trafik ke laman web.Namun,ada beberapa kelemahan yang dalam fungsi  ini.Antaranya ialah kita tidak dapat asingkan antara faulty klik dan genuine klik. Semuanya tetap akan dicaj dan akan dikira sebagai trafik telah masuk ke dalam website.

Faulty klik biasanya terjadi apabila :-

  1. Trafik yang terklik pada iklan,dan terus tutup sebelum landing page load sepenuhnya.
  2. Klik dengan niat untuk baca,namun keluar kerana landing page ambil masa terlalu lama untuk load.

Bagusnya dengan LPV ini,bila terjadi sahaja dua perkara di atas FB tidak akan caj anda selagi pelawat tidak benar-benar masuk ke dalam website.

Setelah iklan dioptimize,facebook akan hanya tunjukkan iklan pada orang yang BETUL-BETUL-BETUL  berpotensi akan buka dan baca landing page sahaja.Lagi best,caj juga berdasarkan trafik yang telah masuk ke dalam website.

Berapa banyak faulty klik yang terjadi dalam realiti?

Kami telah test macam mana update ni boleh bantu untuk kami dapatkan lebih banyak pelanggan berkualiti.
Maka kami runkan satu kempen khas ke website.

Data awal :-

 

 

Link klik : 2442.

LPV : 852

Hanya 34% sahaja yang benar-benar masuk ke dalam website.Selebihnya hanya lah faulty klik.Kita dalam keadan rugi kerana bayar pada trafik yang tidak masuk ke dalam landing page.

Faulty klik ini tidak dapat diukur jika hanya gunakan link klik.Walaupun kos per link rendah,namun kurang dari separuh yang betul-betul masuk dan baca landing page.Ini bermakna website perlu diperkemaskan lagi dengan lajukan lagi loading time atau audience perlu ditukar pada yang baru.

Untuk gunakan LPV,ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi :-

  • Kempen mestilah menggunakan objektif conversion atau trafik.Bahasa mudahnya,hanya untuk iklan yang bawa ke website.
  • Ads manager wajib mempunyai pixel yang telah aktif.
  • Laman web telah dipasang pixel code dan berfungsi sepenuhnya.

Cara untuk pilih LPV optimization :-

Setakat artikel ini ditulis,FB masih lagi belum berikan kepada semua akaun ads,anda boleh cuba cek dalam akaun ads anda untuk kepastian.

Ketika set kempen baru dengan pilihan objektif trafik,anda boleh lihat terus di bahagian ads set.

Skrol ke budget & schedule,kemudian pilih drop down optimization for ad delivery,landing page views.

 Jadi,dah ada website ke?Banyak lagi ni update yang FB bagi.Untunglah mereka yang gunakan website dalam iklan mereka.