FB UBAH ALGO LAGI,TAPI APA YANG BERUBAH SEBENARNYA NI

Bergegar dunia IM di Facebook apabila Mark umumkan dalam posting beliau pada 12 Januari lalu.Ramai juga yang bertanyakan pada kami.apa perubahan yang bakal Facebook buat. Rata-rata bertanyakan dengan nada yang risau. Sejujurnya kawan,jawapan kami ialah :- “Kami tidak tahu sejauh mana perubahan ini akan berikan impak pada bisnes.” Mungkin akan jadi malapetaka. Mungkin juga membuka jalan baru untuk bisnes.

Pertamanya ialah pengumuman mark dalam posting beliau berbentuk objektif.Beliau memberikan gambaran kasar bagaimana keadaan news feed pada tahun 2018.Namun,bagaimana ia akan dilaksanakan?kita masih tidak tahu. Apabila tiada maklumat lengkap tentang cara perlaksanaan, ini meninggalkan ruang kosong yang hanya bakal diisi dengan spekulasi dan andaian dari pelbagai pihak.

Jadi,kami mengambil inisiatif dapatkan maklumat lengkap terlebih dahulu.

Namun ada beberapa point dalam posting Mark yang boleh kita lihat.

  1. Facebook mahukan masa yang berkualiti di luangkan di FB.
  2. Facebook akan perbanyakkan news feed dari kawan,keluarga dan group.
  3. Passive scrolling- scroll tanpa berbuat apa-apa adalah satu petanda pengguna tidak gembira.
  4. Passive interaction- menonton video,baca konten tanpa berikan apa-apa respons(like,komen,share) juga menunjukkan pengguna tidak gembira.

 

 

Sehari selepas pengumuman Mark,satu video dari Director,Product Management (Mark Hull) dan Head of News Feed Research (Lauren Scissors) dikeluarkan untuk terangkan lebih lanjut.

 

Video ini menerangkan tentang bagaimana news feed bakal disusun dan berjaya menunjukkan gambaran awal bagaimana keadaan News Feed pada tahun 2018.

 


 

Pertama,dalam video ini Facebook memperkenalkan proses Ranking.

Dimana semua posting di news feed akan disusun menggunakan sistem Ranking. Proses ini digunakan untuk memilih post yang bakal di news feed muncul mengikut turutan. Ianya disusun mengikut apa yang anda minat,dan yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk respons. Respons yang dimaksudkan ialah LIKE,KOMEN atau SHARE.

 

Topik post yang kerap anda respons akan mendapat ranking skor yang lebih tinggi. Lebih tinggi ranking skor,lebih kerap topik posting tersebut muncul dalam news feed.

 

Kedua, ada yang lebih penting selain respons pengguna. Iaitu bagaimana pengguna berinteraksi.

 

Facebook telah bahagikan interaksi kepada 2 bahagian,iaitu :-

 

  1. interaksi pengguna-pengguna.
  2. interaksi pengguna-page.

 

Interaksi antara pengguna-pengguna ialah aktiviti yang melibatkan sesama pengguna.

Komen di posting orang lain,like gambar,atau sharing pengalaman.

 

Yang kedua pula interaksi antara pengguna bersama page,

page boleh terdiri dari bisnes,organisasi atau pun public figure.

Facebook lebih menyukai jika anda berinteraksi sesama pengguna berbanding page. Posting yang datang dari akaun personal akan memperoleh ranking yang lebih tinggi.

 

Bagi kami,mungkin permainan personal branding akan mendapat reach yang lebih baik pada 2018.

 

Ketiga,lagi satu kriteria yang Facebook suka iaitu interaksi yang memerlukan usaha.Contohnya seperti memberikan pendapat yang panjang dan bermanfaat dalam komen . Dengan ini,FB akan menganggap anda sedang berada dalam perbincangan yang bermanfaat. Ini salah satu cara mereka tentukan anda sedang meluangkan waktu dengan baik. Jika wujud banyak reply yang panjang dalam satu posting, Maka posting tersebut bakal mendapat ranking skor yang tinggi.

 

Bagi mereka yang suka minta pembaca untuk komen perkataan spesifik dan berulang seperti komen PM,atau komen terakhir akan dapat hadiah.

Ini mungkin berita buruk bagi mereka kerana posting sebegini akan diberikan ranking skor yang rendah.Walaupun ramai yang akan respons,namun FB tidak menganggap aktiviti memberikan manfaat pada pengguna.

 

Satu lagi behaviour pengguna yang FB cuba untuk kurangkan ialah “Passive Scrolling”. Passive srolling ini dikaitkan dengan pengguna yang hanya skrol FB,baca posting,dan tonton video

tanpa memberikan apa-apa respons.

 

Behaviour passive scrolling ini menunjukkan pengguna tidak gembira dengan apa yang dalam news feed mereka.Habis sahaja skrol di FB,kebanyakan pengguna berasa lebih teruk kerana terlalu banyak masa dihabiskan tanpa ada sebarang hasil.

 

Passive scrolling ini akan dikurangkan dengan FB akan lebihkan posting dari pengguna lain yang rapat,dan mengurangkan posting dari publisher atau company.

 

Semua yang Fb bakal laksanakan sepanjang 2018 ini mengundang risiko pengguna akan kurang luangkan masa di FB. Namun,mereka sangat faham tentang risiko ini kerana Fb mahukan masa yang digunakan di FB akan menjadi lebih baik.