Cara Kenal Pasti Waktu Paling Ramai Audience Komen & Engage Pada Iklan

Dalam artikel yang lepas, kami ada tunjukkan bagaimana nak kenal pasti lokasi audience yang komen & engage pada iklan.

 

Untuk artikel kali ini, kami akan tunjukkan pula bagaimana anda nak kenal pasti waktu paling ramai audience komen & engage pada iklan.

 

Kenapa perlu ambil tahu pukul berapa audience paling banyak engage pada iklan?

 

Engagement iklan yang banyak pada waktu tersebut menunjukkan audience lebih ramai aktif pada waktu itu.

 

Jadi anda boleh naikkan budget iklan pada waktu itu atau sejam lebih awal untuk tingkatkan reach supaya iklan boleh sampai ke lebih ramai audience yang aktif tersebut.

 

Begitu juga sebaliknya. Pada waktu yang tak ramai atau tiada audience yang engage pada iklan, contohnya pada waktu tengah malam sehingga awal pagi, anda boleh turunkan budget atau pause saja iklan sampai esok pagi.

 

Anda juga boleh schedule posting di page pada waktu-waktu audience sedang aktif ini. Ini akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mereka engage pada posting anda. Walaubagaimanapun, bilangan audience yang akan nampak posting anda sangatlah kecil kerana ia adalah organic reach. Anda perlu “boost post” posting tersebut untuk capai lebih ramai orang.

 

CARA KENAL PASTI WAKTU PALING RAMAI AUDIENCE KOMEN & ENGAGE PADA IKLAN

Step 1: Pergi ke ads manager dan pilih iklan yang anda nak review.

Step 2: Lihat di bahagian Ad Set. Di bahagian “Column”, pilih “Engagement”.

Rajah 2.1

 

Data akan berubah seperti yang anda dapat lihat di Rajah 2.2

Rajah 2.2

 

Step 3: Klik butang “Breakdown” dan pergi kebahagian “By Delivery”. Kemudian, scroll ke bawah dan pilih “Time of Day (Viewer’s Time Zone)” di bahagian bawah sekali.

Rajah 3.2

 

Data akan berubah seperti yang anda dapat lihat di Rajah 3.2

Rajah 3.2

 

Dengan adanya data-data ni, lebih mudah untuk anda plan langkah tindakan seterusnya.

Selamat mencuba!

 

PS: Nak tahu cara bagaimana Virus Marketing Optimasikan Kempen Iklan? Nanti kan artikel Optimasi Iklan Cara Virus Marketing.