Poin-poin penting untuk penulisan Facebook Ads

Anda baru nak berjinak-jinak dalam dunia Facebook Ads dan tak yakin jika penulisan yang anda hasilkan cukup bagus atau tak? No worries! Ada banyak tips yang boleh membantu. Jom semak balik teks anda dan tengok jika anda dah ikuti perkara-perkara di bawah ni.

Nada yang sesuai
Mula-mula sekali, tengok balik nada dalam penulisan anda. Adakah ia kelakar? Serius dan all business? Santai? Apa pun nada yang anda gunakan, pastikan ia melambangkan personaliti bisnes anda.

Setiap bisnes ada identitinya yang tersendiri dan jika anda berpegang kepadanya, iklan anda akan lebih “menjadi”. Jangan lupa untuk terus konsisten.

Isi yang penting
Ramai yang jenis scroll sambil lalu je bila main Facebook. Jadi, mulakan iklan dengan mesej paling utama yang anda nak sampaikan. Masukkan isi-isi yang penting dan pastikan anda tak melebihi had perkataan yang telah disetkan.

Tulis untuk mereka, bukan untuk anda
Memang anda buat iklan untuk sampaikan apa yang anda nak audiens anda tahu. Tapi dalam penulisan, fokusnya adalah mereka. Audience is key.

Pastikan apa yang anda tulis kena dengan mindset mereka atau “sampai” kepada emosi mereka. Letakkan diri anda pada tempat mereka dan tanya “Apa yang akan buat aku berminat dengan bisnes ni? Kenapa?” untuk memudahkan penulisan.

Headline yang padu
Headline (tajuk utama) pada setiap iklan memainkan peranan yang penting untuk menarik minat audiens anda. Headline sebenarnya adalah penyataan yang memberitahu audiens anda apa yang anda boleh tawarkan kepada mereka.

Be direct. Tak perlu berbunga-bunga atau main sembunyi-sembunyi. Lagi jelas anda sampaikan, lagi tertariklah mereka. Tengok balik headline anda dan tanya “Kalau aku tak pernah tahu langsung tentang bisnes ni sebelum ni, boleh ke aku faham apa yang mereka buat?”.

Sebagai contoh, jika anda seorang penjual ikan di Sungai Buloh, janganlah tulis “Orang-orang di Sungai Buloh memang suka dengan perkhidmatan kami!” dan letak teks tu sebelah gambar ikan.

Sebaik-baiknya, tulis sesuatu seperti “Kami menyediakan stok ikan yang paling segar dan sedap di Sungai Buloh!”. Ha, kan lebih mudah tu. Kita nak menulis pun lebih fokus, orang yang nak membaca pun lebih mudah faham.

Dengan tips-tips ni, tak mustahil anda akan menjadi penulis iklan yang baik. Teruskan menulis dan teruskan berlatih. Ingat, practice makes better!

Macam mana nak tulis iklan Facebook dengan efektif?

Secara fitrahnya, manusia memang cepat tertumpu pada sesuatu yang menarik, termasuklah visual yang kita gunakan dalam Facebook Ads. Visual memang penting. Tapi ada satu lagi komponen yang vital untuk menghasilkan sebuah iklan yang efektif.

Teks pada iklan! Ramai yang tak pandang penulisan ni sebagai satu seni. Tapi dalam dunia pengiklanan, teks adalah sesuatu yang kita gunakan untuk terus “menarik” audiens, selepas visual membantu untuk “memancing” mereka.

Kerjasama antara teks dan visual
Walaupun teks dan visual seharusnya boleh menyampaikan mesej kita secara sendiri, akan lebih efektif kalau mereka saling melengkapi satu sama lain. Senang cerita, kena wujudkan keserasian atau nampakkan yang kedua-duanya berkait.

Iklan yang berbeza untuk audiens yang berbeza
Kalau nak fikir tentang kos, memang kalau boleh nak pulun semua sekali dalam satu iklan kan? Tapi yang sebaik-baiknya, pastikan mesej pada setiap iklan tu kena dengan segmen audiens kita yang berbeza. Kena spesifik.

Bercakap dengan audiens
Masa menghasilkan iklan, bayangkan anda betul-betul tengah bercakap dengan mereka. Cipta satu avatar dengan ciri-ciri yang ada pada audiens untuk membantu memudahkan penulisan.

Identiti sendiri
Gunakan gaya bahasa serta identiti penulisan tersendiri yang sama walaupun pada platform yang berbeza agar audiens kenal itu anda dan terus faham mesej yang anda sampaikan tak kira kat mana pun mereka baca.

Pendek tapi padu
Kenalpasti apa yang anda nak audiens untuk faham dan sampaikan. Tak perlu iklan yang panjang-panjang sangat. Short and sweet gitu.

Gunakan satu CTA sahaja
Call-to-action atau CTA penting untuk membantu audiens anda ke langkah seterusnya. Tapai jangan bantai semua pulak, pening audiens nanti. Satu sudah memadai. Sebagai contoh:

Hubungi kami!

atau

Klik untuk info lebih lanjut! Beli sekarang! Hubungi kami cepat!

Ha, mana lebih tepat pada sasaran dan mudah difahami?

Wujudkan tempoh masa
Penulisan dengan perkataan yang menunjukkan tempoh masa akan mewujudkan situasi yang sedikit “terdesak” untuk audiens. Ayat-ayat seperti “untuk hari ini sahaja” atau “promosi minggu ini” akan menggalakkan mereka untuk lebih cepat bertindak.

Lepas ni, sebelum nak menulis iklan, boleh rujuk dulu kepada point-point ni. Mungkin akan lebih membantu. Good luck!

Facebook sebagai medium pengiklanan. Kenapa?

Anda selalu main Facebook?
Scroll news feed baca berita dan gosip, tengok gambar kawan-kawan, tonton video kelakar dan macam-macam lagi kan?

Jangan risau! Bukan anda sorang je yang macam tu.
Berdasarkan data daripada Pew Research Centre, lebih kurang 1.09 bilion pengguna menggunakan Facebook setiap hari!

Ha, siapa cakap Facebook dah “mati”? Berbanding platform media sosial yang lain, Facebook masih memegang jumlah pengguna paling tinggi setiap hari dengan 70%, diikuti oleh Instagram dengan 59%, Twitter dengan 38%, Pinterest dengan 27% serta LinkedIn dengan 22%.

Maka tak hairanlah semakin ramai orang bisnes yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Semakin tinggi “saham” pengguna sesebuah platform, semakin tinggilah potensinya betul tak?

Selain tu, ada beberapa lagi sebab yang menjadikan Facebook sebagai salah satu medium pengiklanan yang paling efektif pada zaman ni. Di bawah ni ada sedikit kupasan secara ringkas (dan tak terlalu teknikal!) untuk anda lebih faham tentang “kuasa” Facebook.

Promosi konten berskala besar
Walau best macam mana pun konten yang anda post, semuanya takkan bermakna apa-apa kalau audiens tak nampak. Bila anda post sesuatu, tahap penyebarannya secara organik takkan cukup kuat.

Dengan penggunaan Facebook Ads, tahap jangkauan bagi konten anda tu akan menjadi jauh lebih besar. Malah, Facebook Ads akan membantu menaikkan jangkauan organik untuk konten anda secara tak langsung.

Macam mana? Bila semakin ramai yang klik butang share atau komen pada post anda, konten anda akan tersebar kepada lebih ramai pengguna. Dengan ini, semakin tinggilah potensi bisnes anda untuk diketahui oleh lebih ramai orang.

Sasaran yang lebih tepat
Facebook Ads membolehkan anda untuk menyasarkan konten anda dengan spesifik. Jika anda betul-betul kenali bisnes anda dan tahu kepada siapa anda patut “menjual”, fungsi targeting memang sangat berguna.

Anda boleh sasarkan konten mengikut lokasi, demografik, umur, jantina. minat, behavior dan connections audiens anda. Jadi, kebarangkalian mereka yang tak berminat dengan apa yang anda tawarkan untuk lihat konten anda adalah rendah.

Dari segi teknikal, banyak lagi kelebihan menggunakan Facebook Ads ni sebenarnya. Nantikan kupasannya dalam blog post yang akan datang!

Sumber:
https://www.inc.com/larry-kim/9-important-reasons-you-need-to-use-facebook-ads-right-now-first-90-days.html
https://www.wordstream.com/blog/ws/2016/06/29/best-facebook-ads