Optimasi Iklan Cara Virus Marketing

Artikel kali ini mungkin agak teknikal sikit bagi yang masih baru. Tapi ia akan membantu menjadi “benchmark” kepada newbie untuk mula belajar memahirkan diri dengan teknikal Facebook ads.

Lepas iklan dah running, macam mana kita nak tahu iklan tu perform atau tak? Apakah yang boleh dijadikan sebagai indicator untuk menentukan prestasi iklan? Saya akan terangkan bagaimana kami di Virus Marketing mengoptimumkan prestasi iklan supaya berjalan dengan lebih efisyen. Teruskan baca sampai habis.

Tapi sebelum saya masuk berkenaan bab optimasi iklan yang sudah berjalan, saya akan terangkan dulu apa yang anda perlu buat SEBELUM iklan dijalankan.

Pertama sekali, copywriting & gambar iklan anda mestilah bagus. Topik ni saya tak akan sentuh secara mendalam dalam artikel ini. Apa yang anda perlu tahu berkenaan copwriting & gambar iklan ialah gambar iklan, headline, subheadline, isi-isi copywriting, offer & CTA iklan anda mesti menarik dan kena TEPAT pada target audience anda.

Kedua, anda mestilah target iklan anda pada audience yang betul. Topik ini pun saya takkan sentuh secara mendalam dalam artikel kali ini.  Apa yang anda perlu tahu untuk pastikan target audience anda tepat ialah, anda perlu pastikan siapa mereka, di mana mereka berada, apa behaviour mereka, apa kesukaan mereka, umur mereka, jantina, status perkahwinan, pendapatan dan lain-lain yang boleh bantu mengenal pasti target audience.

Untuk targeting umur, kami di virus marketing cadangkan supaya dibuka besar pada permulaan iklan dijalankan. Iaitu dari umur 18 tahun – 65+ tahun. Ini kerana, kita belum pasti 100% umur audience yang akan engage dengan iklan di Facebook. Tetapi, jika anda sudah melakukan research secara mendalam berkenaan umur target audience anda, guna sahaja umur yang anda dapat hasil dari research.

 

Berkenaan targeting lokasi pula, target bandar-bandar besar atau ibu negeri di Malaysia atau negeri yang anda nak target. Kenapa perlu target bandar besar & ibu negeri? Ini kerana, mereka yang berduit cenderung untuk berada di kawasan-kawasan seperti ini.

Tapi untuk anda yang menjalankan iklan untuk servis atau kedai, hanya target bandar-bandar besar berhampiran kawasan perniagaan anda saja. Atau guna kan fungsi “drop pin” untuk target audience yang tinggal di sekeliling kawasan anda. Takkan anda nak target audience di Kedah jika perniagaan anda berada di Johor. Betul tak?

 

Ok. Sekarang kita akan masuk bahagian optimasi iklan pula. Formula yang diguna pakai di Virus Marketing adalah formula M.O.M.

Apa itu formula M.O.M?

 

M = Monitor

Apa yang perlu dimonitor?

  1. Relevance Score – Relevance Score boleh bantu kita menentukan sama ada iklan yang kita buat relevan atau tidak dengan target audience. Lagi tinggi relevance score, lagi bagus
  2. CTR (All) – Berapa kali iklan anda di klik. CTR atas 3% dikira bagus bagi kami di Virus Marketing
  3. Post Comment – Berapa bilangan komen pada iklan
  4. Cost Per Post Comment – Berapa kos 1 komen tersebut mewakili. Ini akan kita gunakan sebagai petanda untuk menentukan iklan perform atau tidak.

Bila perlu kita monitor iklan?

Di Virus Marketing, kami guna pakai formula 1-3-7 iaitu setiap 1 hari, 3 hari & 7 hari, kami akan monitor iklan kami.

 

O = Optimize

Guna fungsi “Breakdown” untuk Optimize kan iklan.

Apa yang perlu di-optimize? Kami di Virus Marketing kebiasaannya akan optimize kan 2 perkara ini:

  1. Umur
  2. Lokasi

Untuk yang target kedua-dua jantina, boleh juga optimize-kan bahagian jantina.

Bila perlu Optimize kan iklan?

Pastikan iklan anda sudah dijalankan agak lama sedikit, sekurang-kurangnya 7 hari untuk Facebook memberikan data iklan yang lebih baik.

 

M = Monetize

Monetize adalah proses di mana kita membuat sesuatu untuk menambah duit, atau untuk menjimat duit. Monetize untuk kes kali ini adalah, kita hendak jimat budget iklan. Jadi, mana-mana iklan yang cost per comment- nya tinggi, perlu di-“pause” untuk mengelakkan pembaziran budget.

Umur, lokasi & jantina audience yang cost per comment- nya tinggi, exclude dari targeting iklan.

 

Jadi, itulah sedikit sebanyak ilmu basic bagaimana untuk Optimasikan iklan cara Virus Marketing.

Cara Kenal Pasti Waktu Paling Ramai Audience Komen & Engage Pada Iklan

Dalam artikel yang lepas, kami ada tunjukkan bagaimana nak kenal pasti lokasi audience yang komen & engage pada iklan.

 

Untuk artikel kali ini, kami akan tunjukkan pula bagaimana anda nak kenal pasti waktu paling ramai audience komen & engage pada iklan.

 

Kenapa perlu ambil tahu pukul berapa audience paling banyak engage pada iklan?

 

Engagement iklan yang banyak pada waktu tersebut menunjukkan audience lebih ramai aktif pada waktu itu.

 

Jadi anda boleh naikkan budget iklan pada waktu itu atau sejam lebih awal untuk tingkatkan reach supaya iklan boleh sampai ke lebih ramai audience yang aktif tersebut.

 

Begitu juga sebaliknya. Pada waktu yang tak ramai atau tiada audience yang engage pada iklan, contohnya pada waktu tengah malam sehingga awal pagi, anda boleh turunkan budget atau pause saja iklan sampai esok pagi.

 

Anda juga boleh schedule posting di page pada waktu-waktu audience sedang aktif ini. Ini akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk mereka engage pada posting anda. Walaubagaimanapun, bilangan audience yang akan nampak posting anda sangatlah kecil kerana ia adalah organic reach. Anda perlu “boost post” posting tersebut untuk capai lebih ramai orang.

 

CARA KENAL PASTI WAKTU PALING RAMAI AUDIENCE KOMEN & ENGAGE PADA IKLAN

Step 1: Pergi ke ads manager dan pilih iklan yang anda nak review.

Step 2: Lihat di bahagian Ad Set. Di bahagian “Column”, pilih “Engagement”.

Rajah 2.1

 

Data akan berubah seperti yang anda dapat lihat di Rajah 2.2

Rajah 2.2

 

Step 3: Klik butang “Breakdown” dan pergi kebahagian “By Delivery”. Kemudian, scroll ke bawah dan pilih “Time of Day (Viewer’s Time Zone)” di bahagian bawah sekali.

Rajah 3.2

 

Data akan berubah seperti yang anda dapat lihat di Rajah 3.2

Rajah 3.2

 

Dengan adanya data-data ni, lebih mudah untuk anda plan langkah tindakan seterusnya.

Selamat mencuba!

 

PS: Nak tahu cara bagaimana Virus Marketing Optimasikan Kempen Iklan? Nanti kan artikel Optimasi Iklan Cara Virus Marketing.

Bagaimana Untuk Kenal Pasti Lokasi Audience Yang Komen & Pm Pada Iklan?

Iklan dah berjalan dengan cemerlang. Engagement & komen pada iklan pun banyak. Alhamdulillah.

Tapi adakah anda tahu komen & engagment banyak-banyak tu datang dari mana? Dan apa pentingnya untuk kita tahu dari mana audience kita datang?

Dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda.

Mari lihat apa kelebihan yang anda akan dapat jika tahu lokasi audience:

 

KELEBIHAN 1: PERBELANJAAN BUDGET IKLAN AKAN LEBIH EFISIEN.

Apabila kita dah tahu dari mana kebanyakkan audience yang komen & engage pada iklan kita berada, kita boleh fokus menghabis budget iklan kepada audience dari negeri itu sahaja. Dan budget iklan tak akan dihabiskan pada audience yang tak berapa minat dengan iklan kita.

Sebagai contoh. Katakanlah anda dah spend RM 100 pada iklan anda. Daripada RM 100 tu, anda dapat 10 orang yang komen berminat pada iklan. 5 dari Selangor, 3 dari Negeri Sembilan dan 2 dari Pahang.

Daripada data yang anda dapat, boleh dikatakan audience dari Selangor lebih berminat dengan iklan anda berbanding negeri-negeri yang lain. Jadi anda boleh exclude negeri yang kurang engage dari ad set iklan anda.

 

KELEBIHAN 2: IKLAN BOLEH DI-CUSTOM MENGIKUT NATURE AUDIENCE ANDA

Sebagai contoh, jika kebanyakkan dari audience yang berminat dengan iklan anda berada di kawasan pantai timur, anda boleh masukkan dialek atau elemen-elemen pantai timur dalam iklan anda. Secara psikologinya, audience dari kawasan ni akan berasa lebih dekat dengan iklan anda kerana ada sesuatu yang boleh mereka “relate”.

 

CARA KENALPASTI LOKASI AUDIENCE YANG ENGAGE PADA IKLAN

Step 1: Pergi ke ads manager dan pilih iklan yang anda nak review.

Step 2: Lihat di bahagian Ad Set. Di bahagian “Column”, pilih “Engagement”.

Rajah 2.1

Data akan berubah seperti yang anda dapat lihat di Rajah 2.2

Rajah 2.2

 

Step 3: Klik butang “Breakdown” dan pergi kebahagian “By Delivery”. Kemudian, pilih “Region”

Rajah 3.1

 

Data akan berubah seperti yang anda dapat lihat di Rajah 3.2

Rajah 3.2

 

Di sini anda dapat kenal pasti negeri mana yang paling banyak engage & komen pada iklan anda.

Anda boleh buat keputusan untuk tindakan seterusnya berdasarkan data-data yang anda dapat ni.

Selamat mencuba!

 

PS: Nak tahu cara bagaimana Virus Marketing Optimasikan Kempen Iklan? Nanti kan artikel Optimasi Iklan Cara Virus Marketing.